Sunday, 17 March 2013

~Balik~

Assalamualaikum...

Hmmm, kali ni biela nak post pasal cuti hujung minggu balik kampung...

Orang selalu tanye, x penat ke, cuti 2 hari pn balik

ye la, kampung biela kan jauh, Kelantan 2...
balik jumaat malam, sabtu pagi baru sampai

duk rumah kejap je hari sabtu 2, hari ahad dh kemas barang balik ukm semula...

Jawapan biela:

Memang la penat tapi penat 2 tak la terasa sangat
Bila tengok wajah happy mak, rasa letih tu hilang la..
X percaya cuba la try buat.. hehe


2 minggu lpas biela dah balik kampung n minggu ni biela balik lagi..

Minggu ni biela lakukan rutin yang sama dengan 2 minggu lpas...
Hari sabtu pagi sampai rumah, tidur kejap, lpas 2 kluar shopping ke kb..
Hari ahad, bangun pagi sambung shopping yang tergendala mase hari sabtu 2...
Hehe, 2 la rutin biela bila balik kampung,
Habiskan masa bersama family ngan kluar bershopping...



Hmmm, sekarang ni biela otw ke UKM ngan abg ipar biela,

Kesian abang ipar biela ni
Lps hantar biela ke UKM, baru blh balik KL...
Rehat2 then esk kene kerja dah..
Ape2 pn thanks la utk abg ipar biela ni...



Ok la, biela nak fokus pada jalan ni, hehe

Macam la biela yang drive kan...hehe,,


Ok la uolls, biela undur diri dulu..



Assalamualaikum...


Saturday, 16 March 2013

~Ingat Allah~




Ingatlah Allah Dalam Hatimu

  • Nescaya tiada duka buat dirimu
  • Bawalah Allah ke dalam hidupmu
  • Nescaya musibah dunia manis buat dirimu
  • Semalam Allah telah membantumu
  • Kelmarin Allah telah melindungimu
  • Hari ini Allah telah bersama-samamu
  • Yakinlah itu denyut jantungmu


~Wanita Solehah~


 Ciri-ciri Wanita Solehah 

1. Mendirikan Solat
2. Menjaga Solatnya
3. Bersyukur & Redha 
4. Selalu Bersedekah
5. Menjaga Maruah Diri
6. Takut Murka Allah
7. Menjaga Amanah
8. Pandai Mengaji Al-Quran

Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita menjadi wanita solehah...
InsyaAllah dengan izin Allah, kita mampu menjadi wanita solehah..

Moga-moga suatu hari nanti biela menjadi wanita solehah hendaknya...
InsyaAllah....Amin (40x)...

~Seksa Kubur~




Ular Berbisa Dikubur Menanti..

Rasulullah S.A.W. bersabda: “(Allah) akan memberi kuasa untuk menyeksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 EKOR ULAR yang akan mematuknya hingga berdirinya kiamat... Jika seekor saja dari ular itu meniupkan bisanya ke bumi, nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi).” 

- Hadis riwayat Imam Ahmad

Friday, 8 March 2013

~Lukisan Alam~

Lirik Nasyid Lukisan Alam...

  

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar… hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang… awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengaharpkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam… taburkanlah baktimu
Dalam tenang… buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu

Mesti pelik kan? nape la biela tetiba post lirik nasyid ni..
Sebenarnya, daripada nasyid ni, banyak pengajaran yang boleh kita dapat...

Cuba hayati apa mesej yang terkandung dlam lirik ni...
Semoga dapat memberi input yang bermanfaat...

Jangan asyik dk dengar lagu omputih je, ce la cuba dengar2 nasyid plak... Hehe, Jangan marah.. :)

Thursday, 7 March 2013

~Renungan Bersama~

Di padang Mahsyar nanti, Matahari berada hanya sejengkal dari kepala manusia..
bayangkan betapa panasnya pada ketika itu..
Bayangkan 1 hari di padang Mahsyar bersamaan 50,000 tahun di dunia..
Manusia akan berada dalam keadaan bersesak-sesak, berhimpit-himpit, berasak-asak, bersusun-susun, bertindih-tindih.
Tanpa mengira agama, bangsa, negara, darjat, pangkat atau keturunan.



Di kalangan manusia itu, ada yang berpeluh-peluh..

Ada yang peluhnya hingga ke buku lali..
Ada yang peluhnya hingga ke betis..
Ada yang peluhnya hingga ke lutut..
Ada yang peluhnya hingga ke pinggang..
Ada yang peluhnya hingga ke pusat..
Ada yang peluhnya hingga ke dada.. 
Ada yang peluhnya hingga ke dagu..
Ada yang peluhnya hingga ke bibir..

Dan ada yang tenggelam dalam peluh!

Tetapi ada golongan yang mendapat naungan arasy Allah yg redup di padang Mahsyar..


Sesiapa yg mendapat naungan ini, dia tidak akan merasa panas terik matahari itu.


7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Di Padang Mahsyar:-

1. Pemuda yang sentiasa mengerjakan ibadah
2. Orang yang dipujuk berzina oleh perempuan cantik dan rupawan tetapi menolaknya
3. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah
4.Pemerintah yang adil
5. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
6. Orang yang banyak besedekah dengan ikhlas
7. Orang yang selalu mengingati Allah dan bertaubat atas segala dosa-dosanya



Berdoalah semoga kita menjadi salah satu antara 7 naungan itu...Amin

Friday, 1 March 2013

~Cinta Agung~


Malam ni tetiba rasa macam nak post something...
So terkeluar la idea ni nak kongsi ngan kawan2...

Tak dinafikan ramai remaja diluar sana yang tengah mabuk cinta, tapi biela just nak pesan 1 perkara je, dalam keghairahan mengejar cinta manusia, janganlah lupa pada cinta pertama kita..

Percaya tak kalau biela cakap cinta pertama kita adalah Allah..?
Korang kena la percaya, hehe... bayangkan kalau Allah tak campakkan rasa cinta antara kedua orang tua kita, wujudkah kita.? semestinya tak la kan..

So, betul la biela cakap yang cinta pertama kita 2 Allah Yang Maha Berkuasa kan3..??
Maha berkuasa Allah yang menghidupkan segala yang ada di langit dan dibumi dan diantara keduanya...

Kepada kawan2 jangan pulak sangka yang biela nak tunjuk baik pulak ye, ini sebagai nasihat dan renungan kita bersama... Biasa lah kita sebagai manusia biasa tak lepas dari melakukan dosa, jadi sama2 lah kita pohon ampun dan taubat kepadaNya...


             




           
              Jom bertaubat...