Friday, 14 June 2013

~7 JENIS PAHALA YANG KEKAL~


7 JENIS PAHALA YANG AKAN BERTERUSAN WALAUPUN SUDAH MENINGGAL DUNIA.

Dari Anas RA berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya:

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Tuesday, 4 June 2013

~STUDY VS TIDUR~

Assalamualaikum...


Post ni utk citer serba sedikit mengenai STUDY WEEK aku untuk final nanti...
Alhamdulillah, walaupun tangan masih lagi sakit tp rasanya x menjadi satu alasan yang kukuh utk x study..
Sakit tangan boleh tahan lagi daripada sakit tgk result nanti... kan3.? betul x.?

Malam ni merupakan malam ketiga aku x tidur...
Start study pukol 9 malam sampai subuh...
Mak aku kata, "ntah ape2...orang lain study jugak tapi xde la sampai x tidur malam..."
Ape aku jawab.? "ala, jap2 ag orang tidur la.."

Sebenarnya nak sedapkan hati mak aku je...
Sorry mak, takut x dapat kekalkan pointer sem lepas je...
Nanti menanah plak telinga kene sound ngan mak..

Sem ni kene la struggle lebih sikit...


Untuk elakkan ngantuk, aku minum nescafe..
Walaupun aku memang x leh minum nescafe sbb aku ade migrain yang teruk, 


Aku minum jugak sbb nak stay up...
Lau x minum nanti risau plak tertidur..
So, sabar je la...
Sakit kepala nanti makan la ubat... senang kan..?



Okey, done with this post, nak sambung study makro plak...
Math da siap study dah... haha (mood: happy je lps study math)

math : done


makro : baru 2 ba :(
Okey...wish me luck k..

Assalamualaikum...