Friday, 14 June 2013

~7 JENIS PAHALA YANG KEKAL~


7 JENIS PAHALA YANG AKAN BERTERUSAN WALAUPUN SUDAH MENINGGAL DUNIA.

Dari Anas RA berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya:

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Tuesday, 4 June 2013

~STUDY VS TIDUR~

Assalamualaikum...


Post ni utk citer serba sedikit mengenai STUDY WEEK aku untuk final nanti...
Alhamdulillah, walaupun tangan masih lagi sakit tp rasanya x menjadi satu alasan yang kukuh utk x study..
Sakit tangan boleh tahan lagi daripada sakit tgk result nanti... kan3.? betul x.?

Malam ni merupakan malam ketiga aku x tidur...
Start study pukol 9 malam sampai subuh...
Mak aku kata, "ntah ape2...orang lain study jugak tapi xde la sampai x tidur malam..."
Ape aku jawab.? "ala, jap2 ag orang tidur la.."

Sebenarnya nak sedapkan hati mak aku je...
Sorry mak, takut x dapat kekalkan pointer sem lepas je...
Nanti menanah plak telinga kene sound ngan mak..

Sem ni kene la struggle lebih sikit...


Untuk elakkan ngantuk, aku minum nescafe..
Walaupun aku memang x leh minum nescafe sbb aku ade migrain yang teruk, 


Aku minum jugak sbb nak stay up...
Lau x minum nanti risau plak tertidur..
So, sabar je la...
Sakit kepala nanti makan la ubat... senang kan..?



Okey, done with this post, nak sambung study makro plak...
Math da siap study dah... haha (mood: happy je lps study math)

math : done


makro : baru 2 ba :(
Okey...wish me luck k..

Assalamualaikum...



Tuesday, 28 May 2013

~DINNER MATK~

Assalamualaikum....

Hari ni rase gatal tangan plak nk share pasal dinner kolej...
Hmm dinner kolej kiteorang (kolej ibu zain) diadakan pada 10 Mei, hari Jumaat...

Temanya adalah batik...
Tapi agak malang bile aku x pakai ikut tema pn, ni la akibatnye lau buat persediaan last minit..
Tapi x pe la, yang pasti aku agak enjoy la malam 2...



Malam 2 jugak, ajk MATK kolej ade jemput kumpulan last minit datang buat persembahan...
Haaa, kenal x last minute band..?
Lau x kenal rugi la sbb semuanya handsome2...hehe (da datang mood sengal)

Lau sebut last minute jarang orang kenal, tapi lau sebut penyanyi lagu "maafkan aku" mesti ingat kan..
Almaklumlah, minat drama Setia Hujung Nyawa katakan...hehe (aku la salah sorangnye)

Majlis lagi meriah bile Jaafar Onn dan Rohana Jalil turut dijemput...

Telatah pengerusi kami, yang kami dikenali sebagai Lulu bergandingan dengan Jaafar Onn membuatkan kami x kering gusi..
Ade je bicara mereka yang membuatkan kiteorang ni tergelak manjang...



Ape2 pn, bangga giler ngan ajk2 yang menyumbangkan tenaga menjayakan program ni..
Bukan senang nk handle majlis camni...

Tapi berkat usaha dan kegigihan ajk2, majlis berjaya dilaksanakan dengan jayanya...
Tahniah... <3


Ni ade beberapa keping gambar yang sempat aku ambil mase program...
Sebagai kenangan indah semasa berada di Kolej Antarabangsa Ibu Zain...
I Love Ibu Zain International Student House...


xde corak batik pun... :(

nampak cam gadis melayu terakhir x..? hehe


bersama ifariza dan fadli

Jaafar Onn & Rohana Jalil

Last minute band
 Okey lah, ni saja aku nak kongsi untuk hari ini...
Love this memories...

Salam sayang...Indahnya dunia apabila saling berkasih sayang kerana Allah. 





Friday, 24 May 2013

~7 KALIMAT YANG DISUKAI OLEH ALAH SWT~

ALLAH TUHANKU,

MUHAMMAD NABIKU...







































MARI BERSAMA KITA AMALKAN..
Moga-moga kita sentiasa mendapat redha Allah...


● Pertama adalah kalimat “Bismillah” yang di ucapkan pada tiap² hendak melakukan sesuatu.

● Kedua adalah kalimat “Alhamdulillah” yang di ucapkan pada tiap² selesai melakukan sesuatu.

● Ketiga adalah kalimat “Astaghfirullah” yang di ucapkan jika lidah terselip perkataan yang tidak patut atau ada tindakan kita yang tidak pantas.

● Keempat adalah kalimat “Insya Allah” yang di ucapkan jika merencanakan untuk berbuat sesuatu.

● Kelima adalah kalimat ”La haula wala kuwwata illa billah” yang diucapkan jika menghadapi sesutu yang tidak disukai maupun tidak di ingini.

● Keenam adalah kalimat “Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” yang di ucapkan jika menghadapi dan menerima musibah baik musibah kecil atau pun musibah besar.

● Ketujuh adalah kalimat “La ilaha illa Allah” yang di ucapkan sepanjang siang dan malam, hingga tak terpisahkan dari lidah kita.


Thursday, 23 May 2013

~RENUNGKANLAH~


Kisah teladan untuk renungan bersama

MOHON SEMUA SAHABAT KU SEKALIAN BACA SAMPAI HABIS ...

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya meutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung mesipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya ia telanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan, “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah. Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama, mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.

Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

“Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga lalai daripada mengingati Allah,”

nauzubillah..moga dapat dijadikan iktibar utk kita semua..insyaAllah..wallahualam 

Wednesday, 24 April 2013

~Bahaya Bunuh Lipas..???~

Assalamualaikum....

Dah lama sangat x jenguk blog ni...almaklumla, busy dengan mid term...
Alhamdulillah, mid term dah lepas... harap2 semua cemerlang la hendaknya...

Ok, kita tinggalkan dulu tentang mid term, saya nak share tentang BAHAYA BUNUH LIPAS...







Bila anda melihat binatang lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati KERANA isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut Lipas terdapat cacing halus/lembut yg akan hidup meskipun diluar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin. Nanti cacing perut lipas akan bergerak-gerak.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) karena dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.



Sunday, 17 March 2013

~Balik~

Assalamualaikum...

Hmmm, kali ni biela nak post pasal cuti hujung minggu balik kampung...

Orang selalu tanye, x penat ke, cuti 2 hari pn balik

ye la, kampung biela kan jauh, Kelantan 2...
balik jumaat malam, sabtu pagi baru sampai

duk rumah kejap je hari sabtu 2, hari ahad dh kemas barang balik ukm semula...

Jawapan biela:

Memang la penat tapi penat 2 tak la terasa sangat
Bila tengok wajah happy mak, rasa letih tu hilang la..
X percaya cuba la try buat.. hehe


2 minggu lpas biela dah balik kampung n minggu ni biela balik lagi..

Minggu ni biela lakukan rutin yang sama dengan 2 minggu lpas...
Hari sabtu pagi sampai rumah, tidur kejap, lpas 2 kluar shopping ke kb..
Hari ahad, bangun pagi sambung shopping yang tergendala mase hari sabtu 2...
Hehe, 2 la rutin biela bila balik kampung,
Habiskan masa bersama family ngan kluar bershopping...



Hmmm, sekarang ni biela otw ke UKM ngan abg ipar biela,

Kesian abang ipar biela ni
Lps hantar biela ke UKM, baru blh balik KL...
Rehat2 then esk kene kerja dah..
Ape2 pn thanks la utk abg ipar biela ni...



Ok la, biela nak fokus pada jalan ni, hehe

Macam la biela yang drive kan...hehe,,


Ok la uolls, biela undur diri dulu..



Assalamualaikum...


Saturday, 16 March 2013

~Ingat Allah~




Ingatlah Allah Dalam Hatimu

  • Nescaya tiada duka buat dirimu
  • Bawalah Allah ke dalam hidupmu
  • Nescaya musibah dunia manis buat dirimu
  • Semalam Allah telah membantumu
  • Kelmarin Allah telah melindungimu
  • Hari ini Allah telah bersama-samamu
  • Yakinlah itu denyut jantungmu


~Wanita Solehah~


 Ciri-ciri Wanita Solehah 

1. Mendirikan Solat
2. Menjaga Solatnya
3. Bersyukur & Redha 
4. Selalu Bersedekah
5. Menjaga Maruah Diri
6. Takut Murka Allah
7. Menjaga Amanah
8. Pandai Mengaji Al-Quran

Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita menjadi wanita solehah...
InsyaAllah dengan izin Allah, kita mampu menjadi wanita solehah..

Moga-moga suatu hari nanti biela menjadi wanita solehah hendaknya...
InsyaAllah....Amin (40x)...

~Seksa Kubur~




Ular Berbisa Dikubur Menanti..

Rasulullah S.A.W. bersabda: “(Allah) akan memberi kuasa untuk menyeksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 EKOR ULAR yang akan mematuknya hingga berdirinya kiamat... Jika seekor saja dari ular itu meniupkan bisanya ke bumi, nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi).” 

- Hadis riwayat Imam Ahmad

Friday, 8 March 2013

~Lukisan Alam~

Lirik Nasyid Lukisan Alam...

  

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar… hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang… awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengaharpkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam… taburkanlah baktimu
Dalam tenang… buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu

Mesti pelik kan? nape la biela tetiba post lirik nasyid ni..
Sebenarnya, daripada nasyid ni, banyak pengajaran yang boleh kita dapat...

Cuba hayati apa mesej yang terkandung dlam lirik ni...
Semoga dapat memberi input yang bermanfaat...

Jangan asyik dk dengar lagu omputih je, ce la cuba dengar2 nasyid plak... Hehe, Jangan marah.. :)

Thursday, 7 March 2013

~Renungan Bersama~

Di padang Mahsyar nanti, Matahari berada hanya sejengkal dari kepala manusia..
bayangkan betapa panasnya pada ketika itu..
Bayangkan 1 hari di padang Mahsyar bersamaan 50,000 tahun di dunia..
Manusia akan berada dalam keadaan bersesak-sesak, berhimpit-himpit, berasak-asak, bersusun-susun, bertindih-tindih.
Tanpa mengira agama, bangsa, negara, darjat, pangkat atau keturunan.



Di kalangan manusia itu, ada yang berpeluh-peluh..

Ada yang peluhnya hingga ke buku lali..
Ada yang peluhnya hingga ke betis..
Ada yang peluhnya hingga ke lutut..
Ada yang peluhnya hingga ke pinggang..
Ada yang peluhnya hingga ke pusat..
Ada yang peluhnya hingga ke dada.. 
Ada yang peluhnya hingga ke dagu..
Ada yang peluhnya hingga ke bibir..

Dan ada yang tenggelam dalam peluh!

Tetapi ada golongan yang mendapat naungan arasy Allah yg redup di padang Mahsyar..


Sesiapa yg mendapat naungan ini, dia tidak akan merasa panas terik matahari itu.


7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Di Padang Mahsyar:-

1. Pemuda yang sentiasa mengerjakan ibadah
2. Orang yang dipujuk berzina oleh perempuan cantik dan rupawan tetapi menolaknya
3. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah
4.Pemerintah yang adil
5. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
6. Orang yang banyak besedekah dengan ikhlas
7. Orang yang selalu mengingati Allah dan bertaubat atas segala dosa-dosanya



Berdoalah semoga kita menjadi salah satu antara 7 naungan itu...Amin

Friday, 1 March 2013

~Cinta Agung~


Malam ni tetiba rasa macam nak post something...
So terkeluar la idea ni nak kongsi ngan kawan2...

Tak dinafikan ramai remaja diluar sana yang tengah mabuk cinta, tapi biela just nak pesan 1 perkara je, dalam keghairahan mengejar cinta manusia, janganlah lupa pada cinta pertama kita..

Percaya tak kalau biela cakap cinta pertama kita adalah Allah..?
Korang kena la percaya, hehe... bayangkan kalau Allah tak campakkan rasa cinta antara kedua orang tua kita, wujudkah kita.? semestinya tak la kan..

So, betul la biela cakap yang cinta pertama kita 2 Allah Yang Maha Berkuasa kan3..??
Maha berkuasa Allah yang menghidupkan segala yang ada di langit dan dibumi dan diantara keduanya...

Kepada kawan2 jangan pulak sangka yang biela nak tunjuk baik pulak ye, ini sebagai nasihat dan renungan kita bersama... Biasa lah kita sebagai manusia biasa tak lepas dari melakukan dosa, jadi sama2 lah kita pohon ampun dan taubat kepadaNya...


             




           
              Jom bertaubat...






Thursday, 28 February 2013

~Happy Day~


Salam semua.. :) boleh nampak x muka orang happy nak balik kampung.. sape2 yang x dapat balik kampung jangan jelous ye, x baik..hehe...
Emm,, hari ni, biela nak balik kampung, nak jumpa mak, rindu sangat2 nak peluk mak, nak cium mak, nak dengar leteran mak n nak makan masakan mak... pokoknya,  I Love U la Mum  .. bukan rindu kat mak je, rindu kat anak2 buah jgk..hehe
Doakan biela selamat sampai ke destinasi ye.. oh ya, lupa nk bgtaw, biela nak balik   Kelantan,  biela ni kan anak jati Kelantan..
                          Ok la, biela nak kemas baju dulu ye, almaklumla excited nak balik..hehe, bye2

~Salam sayang









Tuesday, 26 February 2013

~I Love My Friends~

Jika orang pernah marah kepadamu lebih daripada 3 kali
Tetapi tidak pernah memperkata sesuatu yang buruk tentang dirimu
Jadikanlah orang itu sahabat baikmu....


Percayalah, seorang kawan senang dicari, tapi seorang sahabat jarang ditemui...
 Jadi apabila kamu benar2 telah menemui seseorang yang bergelar sahabat itu, jangan sesekali sakitinya, hargailah dia sebaik mungkin... 


Kepada sahabat yang biela sayang, biela selalu doakan yang terbaik utk korang...
Semoga kita bakal dipertemukan di Syurga Allah... InsyaAllah...

~FRIENDS FOREVER~

Monday, 25 February 2013

~About Me~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum....

     Jawab salam kat atas tu tau, x jawab dosa.. kalau x nak tambah dosa baik jawab..hihi..
Ehem2, salam perkenalan saya hulurkan buat semua, semoga perkenalan dan ukhuwah yang dibina bukan sekadar di mulut sahaja, semoga ianya berkekalan hingga ke akhir hayat..insyaAllah...amin...

     Disini saya ingin berkongsi sedikit cerita atau lebih kurang pengalaman la, emm sikit ke..hehe, harap2 sikit je la eh... Pertama sekali nak kongsi cerita tentang hari pertama masuk ukm ni...mase hari pertama pendaftaran kat sini, rasa mcm x nak datang je, rase macam emmm macam2,,hehe.. salah satunya sedih nak berpisah ngn family...tapi apakan daya pelajaran harus diteruskan.. hari pertama kene 'tinggal' ngan family dekat Kolej Antarabangsa Ibu Zain ni, rase sedih sgt2, sampai hilang selera makan..hehe, biasa la 2, mungkin faktor anak bongsu terserlah dekat situ..hehe, tapi ape2 pn, rasa sedih tu kejap je, lps jumpa kawan2 yang sporting kt sini, semua rasa 2 hilang... thanks my friends...

    Em, sedar tak sedar sekarang dah masuk sem 2, eh2 bukan dah masuk tp dah berada di sem 2 dah.. di sem 2 ni pelbagai harapan dan angan2 yg diimpikan...semoga bukan hanya angan2 je tapi angan2 yang bakal jadi kenyataan... emm ape lagi ye.. oh ya, kalau nak cerita pasal result, rasanya macam x syok je sbb x menepati sasaran tapi bersyukur je la...(ayat pasrah)hehe...harap2 sem ni result lagi gempak la kot...hihi.(kawan2 tolong doakn result biela cemerlang ye)...

     Rasanya sampai sini je la utk hari ni, nak sambung study plak..hehe,, (kan nak angan2 jadi kenyataan)...ok la,, akhir kata semoga kita semua sentiasa dipayungi dengan rahmat dan kasih sayang Allah...amin
Assalamualaikum...