Kisah
teladan untuk renungan bersama
MOHON SEMUA SAHABAT KU SEKALIAN
BACA SAMPAI HABIS ...
Saya berjumpa fenomena
menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan
membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang
menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”
Seorang lelaki berwajah buruk
berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau
hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya meutup hidung. Namun bau itu makin
kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung mesipun sudah
disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang
pakaian.
Ah, ia amat menjelekkan. Bukan
hanya ia telanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan
tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah
meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka
berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan
meraung kepedihan.
Lelaki yang merangkak-rangkak
itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah
najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur
dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki
itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun
dimakan terus tanpa henti.
Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba
suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan, “Wahai
manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya
menjulang-julang.”
Saya terpandang sepasang lelaki
dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada
kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian
muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing
sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.
“Wahai penzina yang berbangga
dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu.
Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”
Sekumpulan manusia bertelanjang
berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan
yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka
menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti
bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh
sesama mereka.
“Wahai pemakan riba, kamu
mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah
menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”
Saya ketakutan. Ya Allah, di
alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang
kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah
taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh
seseorang.
“Ya Allah, janganlah Kamu
masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak
menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah
dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia
seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka
Ya Allah.”
Saya terus menangis. Seorang
naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak
melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya
menggeletar ketakutan.
Saya melihat sekumpulan wanita.
Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah,
mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu
hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?
Saya tambah menggigil apabila
melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang
berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut
berada dalam kelompok terkutuk itu.
“Itulah kumpulan wanita yang
suka mengumpat dan menyebarkan fitnah. Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam
masa yang sama, mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”
Satu suara menjelaskan kepada
saya.
Ya Allah, saya mengerti. Ini
kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah
berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada
rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin
ikatan bahkan menaburkan fitnah.
Ya Allah, saya berharap cerita
ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan
orang lain.
Seorang ahli pejuang Islam,
keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan
tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan,
Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu
ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari
kemaluan kamu.
Na’uzubillah, Ajirna minannar.
Saya keanehan. Mengapa seorang
lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan
untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu
dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?
“Darah haid,” saya berpaling ke
belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud
atuk"
Orang tua itu menunjukkan saya
ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air
berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.
“Darah haid itu adalah untuk
orang yang memuja perempuan sehingga lalai daripada mengingati Allah,”
No comments:
Post a Comment